Community Carnival

Embracing Our
Special Stars

Raising Our Special Stars:

A Family’s Journey

COMMUNITY CARNIVAL

Pada tahun ini, program CSR Excel Qhalif akan diadakan seperti ketetapan berikut:

“Community Carnival: Embracing Our Special Stars”
Tarikh: 13 Julai 2024
Tempat: Brainy Bunch International School, KL
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari

Program ini merangkumi 3 jenis aktiviti utama iaitu:

  • Forum perkongsian daripada 3 panel hebat
  • Information booth yang menyediakan pelbagai jenis maklumat berkaitan penjagaan gigi, info tentang kad OKU dan lain-lain.
  • Aktiviti menarik untuk anak-anak dan ibu bapa meluangkan masa bersama.

3 TARIKAN UTAMA

 

Forum:

Raising Our Special Stars:

A Family’s Journey

 

 

Aktiviti Menarik

 

 

Pameran Informasi

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang awam yang berkaitan dengan anak-anak berkeperluan khas.
  • Mengurangkan stigma masyarakat terhadap golongan kelainan upaya.
  • Meningkatkan penerimaan dan pemahaman masyarakat terhadap golongan kelainan upaya dalam neurodiversiti.
  • Membuka minda masyarakat mengenai peluang dan hala tuju untuk anak berkeperluan khas.
  • Memberi peluang untuk ibu bapa membawa anak bermain dan bereksplorasi tanpa stigma negatif masyarakat.

PROGRAM CSR EXCEL QHALIF

Apa itu CSR? CSR adalah nama singkatan untuk Corporate Social Responsibility yang melibatkan pihak Excel Qhalif sendiri bersama dengan komuniti luar. Ini antara program CSR Excel Qhalif yang sudah berjaya diadakan sepanjang tahun 2023. Program CSR ini khusus untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang neurodiversiti golongan kelainan upaya kepada masyarakat secara umum.

KENAPA ANDA PERLU

SERTAI KAMI

 

Dapat menambahkan ilmu

pengetahuan mengenai anak-anak

berkeperluan khas

 

 

Dapat berjumpa dan berkongsi

pengalaman antara satu sama lain

 

 

Perkongsian menarik dari

barisan panel hebat

 

 

Membina komuniti yang peka akan

kualiti dan keunikan anak-anak

berkeperluan khas

 

 

Pelbagai jenis booth informasi

dan aktiviti untuk ibu bapa

dan anak-anak

 

SAYA BOLEH KE

JOIN PROGRAM INI?

Haa, selain pameran informasi, tarikan utama kita juga adalah booth Petting Zoo. Petting Zoo ini didatangkan dengan pelbagai haiwan-haiwan yang comel seperti arnab, burung kakak tua, hamster, landak mini dan banyak lagi.

Di Petting Zoo ini juga, ibu bapa serta anak-anak boleh mengambil peluang berinteraksi serta memberi makan kepada haiwan tetapi hanya dengan makanan yang disediakan oleh pembekal sahaja.

Jangan Risau!

Kami akan sediakan ruang dan perkhidmatan nursery selama 1 jam 30 minit untuk anak-anak bagi memudahkan ibu bapa untuk mendengar forum, berkongsi pengalaman, dan membina networking.

Nursery ini adalah khas untuk anak-anak dalam lingkungan umur 3-9 tahun dan antara aktiviti yang akan dilakukan adalah menonton video interaktif dan aktiviti bersama pelajar Nursing UKM.

Tentatif

Program

MACAM

MANA NAK

DAFTAR?