Nak Beriadah
Sambil Menderma?

Jom Ikuti Program Ini!

Boleh Ke Beriadah Sambil Menderma?

Sudah tentu boleh! Buat julung-julung kalinya, Excel Qhalif akan mengadakan program CSR yang diberi nama Messy Play Day : Let’s Get Messy in The Jungle! Wah, apa itu CSR? CSR adalah nama singkatan untuk Corporate Social Responsibility yang melibatkan penglibatan antara pihak Excel Qhalif dan pihak komuniti luar. Matlamat utama untuk program ini adalah untuk mengumpul dana melalui pembayaran tiket masuk dan akan disumbangkan kepada badan organisasi yang menguruskan perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Program CSR yang akan dijalankan pada bulan Mac 2023 iaitu Program Messy Play Day ini merangkumi aktiviti yang memfokuskan Sensory Activity. Sensory play adalah aktiviti yang dapat mengasah kemampuan sensori anak iaitu dari segi penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau :

 

    • Flour play & Spaghetti play : Merangsang sensori sentuhan dan membezakan tekstur kering dan basah
    • Bubble play : Merangsang motor halus seperti oral motor (meniup bubble)

Apakah Objektif Program Ini?

a) Mengumpul dana untuk diagihkan kepada badan organisasi yang menguruskan perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), badan-badan NGO dan lain-lain.

b) Memberi pendedahan tentang manfaat aktiviti sensori kepada komuniti.

c) Memberi peluang kepada pekerja Excel Qhalif dan masyarakat setempat bersama ahli keluarga masing-masing untuk meluangkan masa.

Meneroka Sesuatu Yang Baru dan Gembira Bersama

Kenapa Anda Perlu Sertai Kami?

Tahukah anda, ini adalah salah satu peluang untuk ibu bapa meluangkan masa dengan anak-anak mereka sambil mengasah kemampuan sensori anak. Program CSR dijalankan dalam bentuk berkumpulan dan melibatkan penglibatan ibubapa dan dalam masa yang sama dapat membantu untuk pengumpulan dana bagi membantu organisasi yang memerlukan bantuan.

Disamping meningkatkan sosial interaksi anak di khalayak ramai, program ini juga dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk meningkatkan teknik bermain bersama anak. Sensori aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada anak untuk lebih memahami setiap tekstur di sekelilingnya memiliki pelbagai tekstur yang berbeza.

Selain itu, program ini juga dapat memberi kepuasan kepada anak untuk meneroka dan rasa ingin tahu. Sensory play akan membuat anak merasakan apa yang dilihat, dengar, bau, ataupun sentuh sehingga permainan ini pun dapat mendorong otak berkembang lebih baik. Menarik bukan?

Anak Saya Boleh Ke Join Aktiviti Ini?

Boleh! Kanak-kanak yang digalakkan untuk sertai aktiviti ini :

 

  • Kanak-kanak yang mempunyai isu sensori
  • Kanak-kanak mempunyai isu fokus
  • Kanak-kanak mempunyai isu sitting skill
  • Kanak-kanak yang kurang sosial interaksi atau pendedahan luar.
  • Kanak-kanak speech delay.
  • Kanak-kanak autism, ADHD, GDD dan lain-lain isu.
  • Kanak-kanak tipikal juga digalakkan untuk dapatkan pendedahan awal.
  • Kanak-kanak berusia 2-9 tahun.

Apa Akan Terjadi Jika Anak Kurang Terdedah Dengan Aktiviti Sensori & Sosial?

Anak-anak yang kurang terdedah dengan aktiviti sensori ini boleh mengalami isu lewat perkembangan (speech delay, sensory processing disorder & passive [no awareness])

Anak-anak sukar untuk mengikuti rutin harian ; makan, mandi, bermain.

Anak-anak lebih cenderung untuk menjadi picky eater kerana memilih tekstur, rasa dan suhu makanan.

Anak-anak akan ada isu untuk pergi ke playschool kerana kurang berinteraksi dengan rakan sebaya

Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?

Anda mencari program untuk beriadah di hujung minggu sambil menderma? Ayuh menyertai program ini! Program Messy Play Day ini merupakan satu inisiatif untuk membantu ibu bapa di luar sana meluangkan masa dengan anak-anak membuat aktiviti dan disamping itu menderma untuk yang memerlukan.Tambahan pula, aktiviti sensori ini dapat membantu menarik fokus anak untuk bersosial dan dalam masa yang sama untuk meningkatkan fokus, kemahiran motor halus/kasar dan berinteraksi.

Z

E-Certificate

Z

Goodies Bag

Z

Light Breakfast (bread)

Z

Sharing by Teachers / Therapist During Activies

Z

Sensory Play Materials

Pendaftaran Ditutup

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Excel Qhalif Sdn. Bhd.

1212310-A

Bangi Branch (HQ)

No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000,
Kajang, Selangor D. E.

Masa

9am – 6pm
Isnin – Sabtu